Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John

Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John

Homemade Sos Lada Hitam( Cara Ros)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) ataupun tepung jagung
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
3 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
2 sudu besar gula
beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe)

Cara-caranya.

1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk dan masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan pula beberapa titik minyak bijan, untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu, sesuaikan rasa dan sedia untuk disejukkan dan di simpan di dalam botol.

3. Boleh dihidangkan bersama roti john dan ape jua hidangan bergoreng yang lain. Selamat Mencuba.

Untuk Resepi Roti John- rosmarllina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 roti hotdog
2 biji telur
2 keping daging burger lembu dimasak dahulu dan dipotong kecil-kecil
sedikit kobis dihiris halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 cawam mix vegetable
garam
lada sulah
sedikit minyak masak

( Untuk sos, ros guna sos lada hitam, sos cili dan mayonis )

Cara-cara

1.Mula-mula pukul telur dengan garpu, kemudian masukkan daging burger yang dipotong kecil, bawang besar, kobis, serbuk kari, garam, lada sulah dan mix vegetable. kacau sebati.

2. roti hotdog di belah dua, ( jgn sampai terputus) dan sapu dengan sedikit marjerin atau butter, ketepikan.

3.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam fry pan. selepas itu curahkan satu senduk campuran telur, lebarkan sedikit mengikut saiz roti hotdog dan biarkan sebentar, kemudian tekap roti hotdog di atas adunan telur dan biarkan garing.

4. Setelah masak alihkan roti tadi dan tekan sedikit, angkat dan letakkan atas pinggan.

5.Topppingkan inti roti john dengan sapuan sos sos lada hitam, mayonis dan sos cili. Potong roti john pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Sos lada hitam ni boleh disimpan di dalam peti ais dan jangak hayat nye lebih kurang 3 minggu, pastikan disimpan di dalam botol bertutup.

Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John
Homemade Sos Lada Hitam dan Roti John