acar2nenas2

Sumber resepi dari Minami myresipi, terima kasih ya kak minami share resepi yang simple lagi sedap ni. Nilah menu dinner untuk tetamu malam tadi.

Bahan-bahan ( 4 org )
1 tin nanas dlm tin
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 sudu minyak masak
pewarna kuning

( ros campur sikit dengan hirisan cili padi)

Cara-cara

1. masukan minyak dalam kuali. masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. tumis sekejap.

2. masukkan air nanas dlm tin. potong nanas kepada 4. masukkan ke dlm kuali. akhir sekali masukkan pewarna kuning 2-3 titik. masak hingga mendidih.

Mengikut kak Minami san, acar nenas ni juga enak dimakan bersama nasi beriani atau nasi tomato.

Nota: Ros gandingkan lauk acar nenas ni semalam dengan kari daging yogurt dengan ayam masak madu, khas dan teristimewa buat tetamu dari Nagoya, Cik Inda Hayati, hari ni Inda akan berlepas pulang ke tanah air, Sayonara Inda, moga kita akan berjumpe lagi ya. : )

acar1anenas

Advertisements