Biodata Tuan Rumah

ummi1

Seorang surirumah tangga sepenuh masa, berasal dari  Gemas, Negeri Sembilan, yang kini menetap di Osaka Jepun, tahun ni sudah masuk tahun ke 11 di sini, Isteri kepada seorang suami yang penyayang Yusop bin Ali dan Ummi pada 4 cahaya  mata. Musfirah Damia,Dhiyauddin Anas, Dhiyauddin Wazhif dan Musfirah Maryam. Amat menggemari bidang masakan dan bidang fotografi makanan, masih lagi amatur dalam dua bidang ini dan gemar berkongsi semua resepi bersama pelawat setia di luar sana.

Lahir pada 18 December 1982, bekas pelajar SMT (ERT) DUHMS, REMBAU tahun 1998/99, dalam bidang penyediaan dan perkhidmatan makanan ( katering) dan lepasan  UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Shah Alam dalam bidang Pengurusan Teknologi Pejabat (Kesetiausahaan Eksekutif) serta mempunyai 2 sijl JLPT ( japanese language proficient test) level 4 dan Level 3, boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

Selamat datang ke rumah maya Ros dan Jangan segan-segan ya, buat aja macam rumah sendiri, sila belek segala resepi yang ada.

Salam mesra dan Salam perkenalan Ros hulurkan. Semoga jalinan persahabatan antara kita semua berpanjangan, marilah kita berkongsi ilmu serta meriahkan lagi dunia masakan.

Follow saya di facebook Jintanmanis.com

%d bloggers like this: