
Kare Rice ( Nasi Kari Jepun)
Bahan-bahanya
200gm daging- dipotong kecil ( nak hiris nipis-nipis pun buleh)
1/2 biji bawang besar- dihiris nipis
1 batang carrot- dipotong kecil
2 biji kentang- dipotong kecil
Beberapa potong labu ( tak nak letak pun takpe)
3 cawan air
1 susu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari S&B
cara-caranya:
1.panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.Tumis bawang besar dengan api kecil sehingga perang. Kemudian masukkan serbuk kari S&B. Kacau sebati.
2. Selepas itu masukkan daging dan kacau sebentar, kemudian masukkan air, masak sehingga daging empuk, setelah daging betul-betul empuk, masukkan carrot dahulu, biarkan beberapa minit baru masukkan kentang dan labu. masak sehingga kuah pekat dan sayur menjadi empuk.
3. Sesuaikan rasa, masukkan gula, garam dan sos tiram.
4. Setelah kuah agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih jepun. Cara hidangan, letakkan nasi separuh pinggan kemudian curahkan kari tadi bersebelahan nasi, ni cara orang jepun hidangkan kari rice. letak dalam bowl kecil pun boleh.Selamat Mencuba.
Nota: Semalam masa nak empukkan daging tu ros gunakan pressure cooker, biar cepat empuk, dan bila masukkan sayur-sayur tu ros tak tutup dah periuk tu, biarkan sayur tu masak seperti biasa dan ros gandingkan kare rice ni dengan salad. ( hirisan halus kobis+kobis ungu+carrot+timun dan makan dgn salad dressing).
Nota II : daging lembu tu boleh juga diganti dengan daging ayam boneless, potong jangan kecil sangat ye.


