OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kek Pisang Yogurt
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan2 nya
180gram tepung gandum
70gram gula
1/2 cawan isi pisang ( hasil dari 2 biji pisang saiz sederhana) nak letak lebih isi pisang ni pun boleh : )
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan marjerin yang telah dicairkan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt @ natural yogurt
1 biji telur

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder ketepikan, kemudian pecahkan sebiji telur di dalam bekas kecil dan pukul sedikit menggunakan garpu, ketepikan.

2. Di dalam bekas adunan, masukkan tepung gandum, gula,  pisang lecek dan susu segar, kacau sebati, selepas itu masukkan marjerin yang telah dicairkan, kacau lagi.  Masa kacau ni boleh gunakan hand whisker ataupun senduk kayu sahaja, tak perlu guna mixer.

3. Akhir sekali masukkan yogurt  serta telur yang telah dipukul tadi dan kacau sebati, tuangkan adunan dalam acuan petak, perap adunan selama 30 minit hingga 40 minit baru dibakar ya kemudian bakar pada suhu 170c selama 40minit ataupun sehingga permukaan kek pisang yogurt perang.

4. Angkat dan sejukkan atas redai, ayakkan di atasnye dengan sugar powder sebagai hiasan.

– Nota, proses pemerapan adunan selama 30minit ke 40 minit adalah amat penting bagi mendapatkan kek pisang yang gebu, anda akan lihat adunan akak naik sedikit selepas proses pemerapan itu.

Jika nak tukar marjerin pada butter yang telah dicairkan ataupun minyak jagung pun boleh, ataupun tepung gandum tu ditukar pada tepung naik sendiri, bergantung pada bahan-bahan puan-puan semua ya : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement