Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu

Kuih Puteri Ayu

Resepi seri ayu ni Saudari Rohaya1710 ni menjadi pilihan. Nak sukat pun senang, hasilnya memang lembut gebu sepanjang masa. Terima kasih pada rohaya1710 ya dan izinkan ros kongsikan di JM.com.

Kuih Seri Ayu
Sumber Resepi Asal: rohaya1710@myresipi.com

Bahan-bahan ( 25 – 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).

3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

– Saje je letak gambar puteri ayu ni banyak-banyak sebab, suke tengok puteri ayu ni posing, masa ros amik gambar ni pun seronok je, di tambah lagi dengan model-model sampingan nye tu, acuan dan telur pun jadi mangsa shooting..hihihi….

Nota. Rasanya tu jelah tips dan petua yang ros gunakan supaya kuih puteri ayu ni tidak melekat pada acuan, harap dapat membantu kawan-kawan yang lain ya. Acuan dan ovelette tu ros bawak siap-siap dari malaysia dulu, kalau kat sini takde jual semua tu..nasib baik teringat nak bawak, kalau tak, tak merasalah nak buat kuih ni.

Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu
Kuih Puteri Ayu