Homemade Sweetsour Pineapple Souce
Homemade Sweetsour Pineapple Souce

Homemade Sweetsour Pineapple Souce

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera buat semua, kebetulan ade lebih nenas sikit, godek punye godek jadilah spicy sweetsour pineapple souce yang sedap dan menepati citarasa ros, nak buat pun tak susah sangat, cukup bahan sure jadi punye, resepi boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mengacau Sos ya : )

Homemade Sweetsour Pineapple Souce
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan ( 1 balang kecil 300ml )

1 cawan nenas yang dipotong kecil dan nipis
6 tangkai cili kering ( nak lagi pedas boleh tambah bilangan cili kering ni)
3 sudu besar gula
4 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka
2 sudu besar sos cili
sedikit garam
2 sudu besar tepung kanji kentang @ tepung jagung yang dicampur dengan 1/2 cawan air ( kacau sebati)

( nak tambah 1 sudu besar madu pun boleh)

1. Mula-mula cili kering digunting beberapa bahagian, basuh dan toskan airnya, kemudian rebus cili kering sehingga mendidih, tutup api dan toskan air yang berlebihan.

2. Masukkan cili kering yang siap direbus tadi didalam blender, masukkan juga, 4 biji bawang putih dan nenas, masukkan juga air, paras air pastikan nenas dan cili kering tenggelam.

3. Blender hancur semua bahan, kemudian curahkan di dalam periuk, masak hingga agak mendidih, baru masukkan gula dan cuka makan, kacau sebati, selepas itu masukan pula sos cili, sesuaikan rasa, masukkan pula sedikit garam.

4.Perlahankan api dan biarkan beberapa minit, Akhir sekali masukkan bancuhan tepung kanji kentang (katakuriko dlm bahasa jepun) atau bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah, kacau selalu dan biarkan beberapa minit. Masak sehingga betul-betul pekat, kepekatan sos ini bergantung juga pada citarasa masing2 ya, jika suke pekat boleh tambahkan bancuhan tepung kanji kentang tu, klu mahu cair sedikit sila tambah air panas kan kacau sebati.

5. Sejukkan dan boleh disimpan didalam balang kaca kecil, boleh dimakan bersama ayam goreng atau ape jua menu kegemaran anda, Selamat Mencuba.

– sos ini juga boleh dicurah terus atas ikan goreng ataupun sebagai sos untuk tahu sumbat, sedap tau : )

Nota: Jika mahu lebih pedas boleh tambahkan beberapa biji cili padi merah yang dicincang halus, level kepedasan bergantung pada selera masing-masing juga, dan nak lagi wangi boleh juga masukkan sedikit bijan goreng.

Homemade Sweetsour Pineapple Souce
Homemade Sweetsour Pineapple Souce
Homemade Sweetsour Pineapple Souce
Homemade Sweetsour Pineapple Souce