OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menu Sahur: Sayur Fucuk Tumis Air Bersama Kentang dan Suun
sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis. com

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, sayur fucuk ni sentiasa mendapat sambutan di rumah ros ni, sebab semua suke, dari dewasa sampailah kanak-kanak, nak masak pun tak lah susah sangat, bila makan sahur tu pun beselera je, ditambah lagi kalau ade ikan masin, itupun dah sedap sangat dah, resepi ringkas ini ade di bawah ni ye
Sayur Fucuk Tumis Air Bersama Kentang dan Suun
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 keping Fucuk Kering
1/2 bungkus suun
3 biji kentang ( potong 6 bahagian)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
3 ulas bawang merah ( dihiris nipis)
sedikit ikan bilis
sedikit garam
sedikit minyak masak

cara-caranya
1. Fucuk di carik kecil-kecil dan direndam dalam air bersama suun dan biarkan sebentar. fucuk akan jadi kembang dan lembut.

2. Panaskan minyak, tumis bawang kecil, bawang putih dan ikan bilis hingga garing, kemudian masukkan 3 cawan air, masukkan juga kentang.

3. Setelah kentang empuk, masukkan sayur fucuk dan suun, sesuaikan rasa dan biarkan senbentar, setelah semuanya masak, tutup api, sedap dihidangkan panas-panas dan sesuai juga dijadikan menu untuk anak-anak anda. selamat mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau nak masukkan sayur lobak merah atau bunga kobis pun boleh, dan nak lagi wangi aromanya boleh juga ditabur dengan hirisan daun sup.