Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju

Roti Putih Berkeju

Bahan-bahanya
150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
110 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar cheese powder ( parmesan cheese)
sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas roti nnt.

Caranya.

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 2 bahagian dan letakkan dalam sandwish loaf. biarkan doh naik sehinggga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Spray permukaaan roti dengan air kemudian tabur mozarela cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan keju di atas roti ini masak terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak gliss sedikit permukaan roti dengan marjerin. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

Nota: Roti putih keju ini mempunyai zat kalsium yang tinggi, sesuai untuk anak-anak anda, kalau takde sandwish loaf nak buat bentuk bun, bulat-bulat pun boleh. : )

Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju
Roti Putih Berkeju