
Opor Daging
Ni Menu kami semalam, ros masak sekali je, itu lah lauk lunch itulah dinner, rempah opor ni memang ade je stok kat dalam almari tu, ros gandingkan opor daging ni dengan acar timun dan papedem, tidak lupa juga pelengkap menu semalam tembikai kuning, orang ganu panggil timun cina…di bawah ni ade resepinye ya : )
Bahan-bahanya
350 gram daging boneless ( nak guna daging yang ade tulang pun boleh)
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah opor
1 cawan santan pekat
sedikit garam
1 batang kulit kayu manis
5 tangkai cili kering
1 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
( ros masak opor daging ni guna pressure cooker, masak 20 minit je, terus daging lembut dan empuk, memang baguslah kalau masak daging beku guna pressure cooker ni, jimat masa dan jimat gas)
– gambar di atas adalah rempah opor Pahang dan rempah opor dari Pasar Payang Terengganu yang ros gunakan. Ros akan gunakan salah satu rempah di atas ni bila memasak opor daging.
Caranya
1. Potong daging sederhana bentuk kiub, saiz agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang serta bahan yang telah dikisar tadi.
2. Setelah naik bau, rempah opor jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, kemudian masukkan daging dan satu cawan air.
3.Akhir sekali masukkan santan dan kerisik. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.
– jika tiada rempah opor, boleh refer resepi Daging Masak Rempah, rasa pun lebih kurang same je, sedap dimakan bersama nasi putih, nasi beriani atau nasi minyak. : )
Nota: Jika mahu warna kuah opor daging lebih gelap, boleh masukkan 1 sudu besar kicap manis, dan kalau mahu masukkan beberapa biji kentang pun boleh ikutlah selera masing-masing ya.




