Kuih Talam Ubi Kayu
Kuih Talam Ubi Kayu

Kuih Talam Ubi KayuSumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan untuk lapisan bawah ( ubi kayu)
1 cawan santan
2 cawan ubi kayu yang telah diparut ( parut dan perah kan airnya)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

( gula merah, gula pasir, air dan daun pandan dimasak dahulu di dalam periuk dan tapiskan)

1. Panaskan Kukusan.

2. Masukkan ubi kayu beserta air gula merah dan santan, kacau sebati, sapukan acuan bulat berukuran 18cm dengan minyak masak, masukkan ke semua adunan dan kukus selama 40minit. Setelah masak, ambil garpu dan gariskan sedikit di atas pemukaannya.

untuk lapisan atas
2 1/2 cawan santan
2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung beras
1/2 cawan tepung gandum

cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan kacau sebati, curahkan adunan santan ke atas lapisan ubi kayu dan kukus hingga masak, lebih kurang 30 minit, sejukkan baru dipotong. Selamat Mencuba.

Nota: Walaupun atasnya santan, kuih ni tak rasa muak pun bila makan, rasa ubi kayu tu sunggulah eksotik dan sedap, lain kali boleh buat kuih talam yang lain pula.

Kuih Talam Ubi Kayu
Kuih Talam Ubi Kayu