Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging

Mee Sup Bebola Daging

Inilah rupa mee sup yang serba kekurangan, takde pegedil, tak letak fish ball or fishcake mahupun chikua, daging tu ros bahagi dua, satu bahagian ros potong kasar dan satu lagi tu ros jadikan bebola daging, akhir sekali ros hanya toppingkan dengan hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan tauge je, punyelah nak senang dan cepat, nasib baik cik abang tu tak komplen, dia kata sedap je..: ), resepi pun biasa je, cuma ros gunakan rempah sup Faiza bagi menambahkan lagi rasa pada sup ni, resepi ade kat bawah ni ya.
Bahan-bahanya ( untuk dua orang makan)

350gram daging boneless ( bahagi dua) satu dipotong kasar, satu lagi bahagian di blender halus )

1 ulas bawang putih

2 inci halia

1/4 biji bawang besar ( saiz sederhana) boleh ganti denga 4 ulas bawang me rah

1 sudu besar rempah sup ( ros guna jenama faiza)

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

*untuk bebola daging*

daging yang telah blender

2 sudu kecil tepung gandum

1 sudu kecil tepung katatkuriko ( tepung kentang)

sedikit garam

sedikit lada sulah

1/2 biji telur putih

Bahan Pelengkap

mee kuning yang telah dicelur, tauge, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar

Cara-caranya

1.( untuk bebola daging) Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih, tepung gandum dan tepung katakuriko, gaul sebati dan ketepikan.

2. Kemudian blender halia, bawang besar dan bawang putih, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan agak garing.

2. Selepas itu masukkan daging yang dipotong kasar dan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih, masukkan garam dan pes rempah sup faiza, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah daging empuk, bulatkan-bulatkan adunan bebola daging dan masukkan ke dalam air sup yang sedang medidih, ulang langkah tadi hingga adunan bebola daging habis. Setelah bebola daging timbul, menandakan bebola daging telah masak.

3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning dan bahan pelengkap yang lain, selamat mencuba.

Nota: Bila makan dengan sambal kicap, lagi sedaplah, tambah up rasa sup ni, baki sup daging ni buleh juga dimakan bersama nasi putih.

Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging
Mee Sup Bebola Daging