OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari ni suhu panas sikit di Osaka dalam 27darjah, ape lagi projek buat air sirap lemon lah, nak guna limau nipis atau limau kasturi takde, jadi gantikakan lemon je, nak buat air ni pun tak sampai 5 minit.

Bahan-bahanya

1 sudu kecil sirap ros
2 hiris lemon
3 sudu besar gula
500 ml air

Caranya

1. Curahkan sirap ros ke dalam jug air dan satukan gula, kacau hingga larut, perahkan lemon dan masukkan beberapa ketul ais, sedia untuk diminum di kala cuaca panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak lawa gelas tu boleh hias dengan hirisan lemon, kasi berseri sikit baru tambah selera nak minum, sedap juga lah mata memandang..: )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA