Pau Lembut ButterMilk
Pau Lembut ButterMilk

Pau Lembut ButterMilk dan Tips Mengukus Pau

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( bahan doh pau)

400 gram tepung roti ( kalau guna tepung pau lagi bagus)
100gram tepung gandum
200ml buttermilk (susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan )
100 ml air suam
2 sudu kecil baking powder
50 gram shortening @ lemak sayuran
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
8gram atau 3 sudu kecil yis

Untuk Inti: ros guna inti kacang merah, kaya dan krim coklat.
Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan doh pau dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, permukaan doh kena licin dan masa menguli amat penting bila membuat doh pau, pastikan doh betul lembut dan licin sebelum diperap, perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin. ( jika menggunakan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah 2 di bawah) .
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit inti kacang merah, kaya, krim coklat ataupun ape jua inti kegemaran anda, tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. Jika pau kecil-kecil, cukup hanya 5 ke 6 minit sahaja.

Nota Tambahan ros jintanmanis.com

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja), jika buat pau yang comel, 5 ke 6 minit sudah mencukupi.

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain) dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

5. Jangan buka penutup sebelum masa yang ditetapkan, kalau asyik buka penutup pengukus tu, haba sejuk membuatkan pau sensitif dan pau akan mengecil dan permukaan nye berkedut.

6. Untuk pastikan pau yang dihasilkan putih melepak-lepak pastikan guna bahan yang putih, contohnya guna shortening, jangan guna butter atau marjerin.

7. Di sarankan guna tepung pau, jika ade lah, tepung pau adalah tepung low protein.

8. Jika sudah nampak pau yang siap diletak inti tu sudah naik dua kali ganda, terus kukus, jangan over perap, nanti liang dalamnya belubang-lubang bila terlebih masa perapan.

Nota: Jika nak membezakan inti pau tu, bolehlah tandakan permukaanye sedikit dengan titik warna hijau ataupun merah, supaya senang untuk di pilih apabila ingin dimakan nanti.

Pau Lembut ButterMilk
Pau Lembut ButterMilk
Pau Lembut ButterMilk
Pau Lembut ButterMilk
Pau Lembut ButterMilk
Pau Lembut ButterMilk