Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( ros gunakan esen coconut pandan yang warna hijau tu)

Untuk inti kuih cara – sedikit gula pasir

( kalau nak letak jus pandan pun boleh, kurankan kuantiti santan tu, jadikan 3 cawan santan, 1 /2 cawan jus pandan)

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender, kisar tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan.

2. Perap adunan selama 30 minit, panaskan acuan kuih cara, dan gliss acuan dengan minyak masak, curah kan adunan tapi jangan terlalu penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan beberapa minit.

3. angkat dengan lidi dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: nak senang, adunan tu letak dalam teko, mudah nak curah tak lah melimpah-limpah. Ros suke rasa kuih ni, simple dan lemak-lemak manis, budak-budak pun suke, serta comel je : )

Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis
Kuih Cara Manis