Sticky Caramel Chicken Wings
Sticky Caramel Chicken Wings

Sticky Caramel Chicken Wings

Assalammualaikum WBT buat semua, hari ni ros nak kongsikan resepi sticky keramel chicken wings, resepi asal dari saudari mutiarazura@myresipi.com, terima kasih ya kongsikan resepi ni, izinkan ros copy dan paste pula di JM.com ya, variasi bagi memasak kepak ayam, senang je nak masak kepak ayam ni, sedap sangat, resepi ade kat bawah ni ye, mood nak berblog agak kurang sekarang ni, sebabnya anak-anak masih tak sihat, ros pun rasa tak sedap badan sangat ni, kejap lagi nak masakkan bubur ayam pulak untuk semua pesakit, ok hingga berjumpe lagi di lain entry.

Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber resepi: mutiarazura@myresipi

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih – diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

1.Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.

2.Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat

Nota: pastikan api tidak terlalu kuat bila memasak ayam ni, dan kacau kan sos dan ayam tu selalu, biarkan sebati supaya permukaan bawah tidak terlalu hitam, Selamat Mencuba.

Sticky Caramel Chicken Wings
Sticky Caramel Chicken Wings