Kuih Kaswi aka Kuih Tepung Kapur
Kuih Kaswi aka Kuih Tepung Kapur

Kuih Kaswi aka Kuih Tepung Kapur

Kalau ros makan kuih ni tak suke letak kelapa parut tu, makan macam tu je, lagi pun nak buat pun senang je, kukus sekali gus.: )

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi ( klu tak nak letak pun takpe)
1/2 cawan gula merah + 1/2 cawan gula+daun pandan + 1 cawan air
Sedikit air kapur ( kira-kira 2 sudu besar )
2 1/2 cawan air

– sedikit kelapa parut ( ros guna kelapa kering+air sikit+secubit garam) untuk disalut pada kuih kaswi
Cara-caranya

1. Di dalam periuk masukkan gula merah, gula, 1 cawan air dan daun pandan yang disimpul, masak hingga gula larut dan sejukkan.

2. Kemudian curah kira-kira 3 senduk air gula tadi di dalam bekas adunan yang berisi tepung gandum, kacau sebati, selepas itu masukkan baki air gula tadi, cara ni untuk mengelakkan tepung dari bergentel, masukkan lagi 2 1/2 cawan air dan air kapur, kacau sebati, tapis adunan dan masukkan di dalam loyang. ( loyang tu kalau boleh sapu dengan minyak masak dulu). Supaya senang nak keluarkan kuih kaswi nanti.

3. Akhir sekali bolehlah dikukus hingga masak. selama 1 setengah jam. angkat dan sejukkan, potong kecil-kecil dan salutkan dengan kelapa parut. Selamat mencuba.

Nota: Ros guna kurosato ( gula merah serbuk jepun) sebab gula merah mesia takde stok, pada yang duduk jepun, kurosato ni memang senang nak dapat kt supa, teksturnya pun same macam gula merah Malaysia, memang senang nak camlah.

Kuih Kaswi aka Kuih Tepung Kapur
Kuih Kaswi aka Kuih Tepung Kapur
Advertisement