
Cucur Daun Selom
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
sedikit udang kering@isi udang (dicincang kasar)
3 cawan tepung gandum
1/2 ikat daun selom ( daun selam dihiris kasar)
1 sudu kecil baking powder@ boleh juga diganti dengan 1 biji telur
sedikit air
garam
Cara-caranye
1. Masukkan semua bahan kecuali air di dalam bekas adunan, kacau sebati, masukkan pula air sedikit demi sedikt, kuantiti ni agak-agak je ye, tidak terlalu cair tidak terlalu pekat. Perap seketika, lebih kurang 10 ke 15 minit. ( kecairan batter ni macam kita buat cekodok pisang tu, kiranya aduan nye pastikan boleh dijemput)
2. Panaskan minyak dan jemputkan adunan kecil-kecil, nak gunakan sudu pun boleh, goreng hingga ke-emasan dan toskan minyak yang berlebihan.
3. Sedia untuk dihidangankan, sedap dimakan panas-panas bersama sos cili, cucur yang penuh dengan khasiat daun selom dan udang. Selamat Mencuba
Nota: Udang kering tu boleh juga diganti dengan ikan bilis, dan kalau tak mahu guna baking powder tu, boleh juga diganti dengan sebiji telur.



