Daging Rempah Garam Masala
Daging Rempah Garam Masala

Daging Rempah Garam Masala

sumber resepi- rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahannya
400 gram daging tanpa tulang
2 sudu kecil rempah garam masala
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan pekat
2 biji kentang
1 cawan air
6 tangkai cili kering
1 batang kulit kayu manis+2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian ambil, rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging.

3.Akhir sekali, masukkan santan,air, kentang serta kicap pekat dan kicap manis. Masak sehingga daging dan kentang empuk. Biarkan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula . Angkat dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak letak daun kari pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, sedap juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani.

Daging Rempah Garam Masala
Daging Rempah Garam Masala
Daging Rempah Garam Masala
Daging Rempah Garam Masala
Daging Rempah Garam Masala
Daging Rempah Garam Masala