OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, semalam ros buat mi kari nyonya ni, dah lama sangat tak buat, tiba-tiba dok teringat nak makan mi kari, ros kan kalau buat mi kari memang suke guna resepi ni, resepi asal yang ros belajar dan disampaikan secara lisan oleh kawan lama ros iaitu kak eni atau nama nya Amani Radzi di Nagoya 7 tahun lepas, balik rumah terus buat, cumanya semalam, stok daun kesum amatlah terhad, jadinya ros cuba-cuba je tambah kan dengan bunga kantan, ingatkan tak sedap, rupanya makin wangi jadinya, lagi-lagi guna serbuk kari cap BABAS memang terbabas lah makan hahahahahha, resepi ni ros upgrade sikit dari resepi yang lama, pada yang suke buat makan-makan kt rumah tu, buat potluck ke, buleh cuba resepi ni, sure hits punya…Selamat Mencuba.

Mi Kari Nonya dengan Bunga Kantan dan Daun Kesum
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis .com dan resepi asal secara lisan oleh Kak Eni ( Amani Radzi)

Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

2 paket mi kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam dan daging ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
1/2 paket Fish ball dan 2 ketul tahu goreng yang dipotong nipis
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

( Kalau nak tambah dengan 1/2 batang carrot yang dihiris seperti anak mancis pun boleh)

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan juga cili kisar. tumis hingga garing dan pecah minyak.

3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan, air dan fish ball serta hirisan tahu goreng. kacau sentiasa.

4. bila kuah telah mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan, sesuaikan rasa, tambah garam.

5. Sediakan bahan sampingan mi kari nyonya, rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mi kuning dan curahkan kuah kari nyonya, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
mi kari nyonya sedia untuk dihidangkan.

Nota: Kalau nak tambah dengan hirisan limau kasturi atau pun hirisan lemon pun boleh, dan tahap kepedasan nye juga bergantung pada selera masing-masing ya, nak tambah pedas boleh di tambah dengan hirisan cili padi.

Advertisement