Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun

Oats Sausage Bun

Assalammualaikum pada semua, dah dua hari BSM di Jintanmanis.com ni tak dikemaskinikan, hari sabtu lepas sibuk jalan-jalan ke USJ, hari ahad pulak banyak keje, tu yang tak menyempat-nyempat tu, nak cerita macam-macam sebenarnya..hihi, tapi tunggulah ade masa sikit ya, ni pun update ekpress je ni, nak kongsi resepi roti bun yang kaya dengan serat oat dan enak berintikan sosej ayam, antara bun kegemaran anak-anak ros, resepi ade kat bawah ni ya, kalau berkenan boleh cuba. : )

Oats Sausage Bun
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
2 sudu besar water roux
100gram tepung gandum
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1/2 biji telur
40gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
180ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk tambahan khasiat*
40gram Oats ( ros guna oats segera jenama quaker oats)

*untuk Inti bun*
beberapa batang sosej ayam ( yang siap direbus dan dipotong kecil)

* Untuk Gliss* – baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan juga Oats di dalam breadmaker, kemudian ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh+Oats dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil ataupun mengikut saiz yang dikehendaki. leperkan sedikit doh dan masukkan sosej, tutup kemas dan bulat-bulatkan. Ataupun canai memanjang doh dan lilit pada batang sosej, Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dan taburkan mix cheese jika suka.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan butter untuk bun lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.

Nota: Ros suke buat kecil-kecil jadilah mini oat sosej bun, adunan ni kalau buat comel-comel boleh dapat banyak, nak bawak sebagai bekal pergi picnic pun boleh, anak-anak mesti suke, ros jadikan roti oat sosej ni sebagai bekal masa pergi USJ tempoh hari.: )

Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Oats Sausage Bun
Advertisement