Potato Salad
Potato Salad

Potato Salad

Potato sarada ni adalah salah satu hidangan salad kentang yang popular di jepun, kanak-kanak pasti menggemarinya, rasa salad yang creamy dan kaya dengan pelbagai rasa sayur-sayuran seperti, timun, lobak merah, bawang, sosej dan mayonis. ros dapat resepi ni dari program masakan jepun kat TV tu, nak buat pun senang, kat bawah ni ros kongsikan resepi nya ya : )

Bahan-bahanya

3 biji kentang ( direbus dan dilecek)

1/3 batang carrot

1/2 batang timun

1/4 biji bawang besar

3 sudu besar mayonis

sedikit garam

1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-caranya

1. Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.

2. Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.

3. Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou ( bekal) atau di makan begitu sahaja.

– Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak dijadikan inti bagi roti pun boleh, letak di tengah-tengah roti hotdog atau roti putih, sesuai jugak, ros pernah try, kalau buat potato sarada ni memang cepat je licinnye, semua suke..: )

Potato Salad
Potato Salad