Tom Yam Udang Bersantan
Tom Yam Udang Bersantan

Tom Yam Udang Bersantan

Bahan-bahannya

200gram udang harimau

1 ulas bawang putih

2 inci lengkuas

1 sudu kecil udang kering ditumbuk halus ( tak nak letak pun takpe)

2 besar cili kisar

1 batang serai

1 1/2 sudu besar jus lemon

beberapa helai daun limau purut

beberapa biji straw mushroom ( ros guna yang dlm tin) – boleh ganti dgn cendawan tiram

1/3 biji lobak merah

1 biji tomato

1/2 cawan santan pekat

1/4 batang celery

1/4 biji bawang besar

2 biji cili padi

garam

gula

Cara-caranya

1. Hiris nipis batang celery, lobak merah di potong separa bulatan dan potong dua straw mushroom , ketuk bawang putih dan cincang halus kemudian panaskan minyak dan tumis cili kisar, bawang putih, udang kering bersama lengkuas hingga garing, selepas itu masukkan serai dan 1 cawan air.

2. Apabila kuah telah mendidih masukkan santan, lobak merah, straw mushroom, batang celery, biarkan seketika, selepas itu masukkan jus lemon serta hirisan cili padi. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.

3. Masukkan pula udang, kacau selalu, akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan tomato yang dibelah 4. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak guna tomyam pes segera tu pun boleh, takyah guna dah cili kisar dan bahan yang lain tu, terus boleh tumis macam biasa dan bila kuah mendidih tu boleh masukkan santan, dan bahan yang lain. : ), ros suke rasa kuah tomyam santan ni, masam dan lemak tu, makan dengan nasi panas memang sesuai lah.

Tom Yam Udang Bersantan
Tom Yam Udang Bersantan
Tom Yam Udang Bersantan
Tom Yam Udang Bersantan
Advertisement