Roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty
Roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty

Roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty

Memenuhi permintaan Kakak Damia, dia suke sangat makan roti yang ade karektor kartun ni, jadinya ros buatlah bentuk anpanman, doraemon dan hello kitty, sebenarnya ros bentukkan bulat dan bujur je lepas tu lukiskan muka karektor kartun ni guna cooking coklat, nampak lah sikit rupa kartun nye tu, Kakak Damia pun senyum lebar je bila nampak semua dah siap, tak sabar dia nak makan, ros guna doh asas je buat bun ni semua, kat bawah ni ade resepinye ya : )

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum + 1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) – (‘tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( kalau ade breadmaker boleh masukkan semua bahan dan tekan ON je dan bila dah siap uli boleh terus bentukkan). Jika uli tangan sila ikuti langkah seterusnya ya.

2) Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagi doh pada 3 bahagian , 2 bahagian ros buat bentuk bulat dan satu bahagian lagi bentuk lonjong kecil, selepas itu ros letakkan inti kacang merah, krim coklat dan peanut butter. tutup rapat dan biarkan naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur+susu+madu tadi dan bakar selama 15 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.

5) Ambil sedikit coklat masakan dan cairkan, letakkan dalam piping beg dan lukiskan muka karektor kartun yang diingini di atas bun tadi, siap untuk dihidangkan, selamat mencuba. : )

roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty
roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty
Roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty
Roti Bentuk Anpanman, Doraemon dan Hello Kitty