pegedil1

Pegedil Daging

Bahan-bahanya

3 biji kentang saiz sederhana

sedikit daging hancur ( boleh diganti dgn daging ayam)

1 sudu kecil jintan manis

1 biji telur

sedikit hirisan bawang besar

lada sulah

garam

daun celery atau daun sup

Cara-caranya

1. Kupas kentang dan potong kecil2, goreng hingga empuk, angkat dan lapikkan kentang tadi dengan kitchen towel, bagi menyerap lebihan minyak. biarkan sejuk seketika.

2. cincang bawang besar dan, tumis bawang besar tadi hingga layu, baru masukkan daging hancur, kemudian masukkan jintan manis yang telah dichopping halus, kacau sebati. Angkat dan ketepikan.

3. Ambil kentang tadi, dan ramas hancur, masukkan bahan tumisan tadi dan gaul sebati, masukkan sedikit telur, ( telur ni agak-agak je, jgn sampai sebijik terus, cuma dlm 1/3 kuantiti 1 biji telur, bakinya akan digunakan untuk coating nanti, fungsi masukkan sedikit telur ini hanya sebagai agen penyatu.

4. Akhir sekali masukkan daun celery yang telah dihiris halus, sesuaikan rasa, masukkan lada sulah dan garam, bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit, celup pegedil tadi dengan baki telur dan goreng dengan minyak panas, tak perlu lama, ( pastikan api tidak terlalu perlahan) dan pastikan minyak betul-betul panas, setelah pegedil perang angkat dan toskan. Sesuai dijadikan pelengkap untuk bihun sup, mee sup dan di makan begitu sahaja, selamat mencuba.

Nota: Kentang tu ros lagi suke goreng dari direbus, sebab bila direbus, kentang akan menyerap air, dan pegedil nanti agak susah untuk dibentuk, anak-anak pun suke akan pegedil ni, boleh dijadikan snek juga. : )

pegedil2

Advertisements