Bahan-bahannya:

( Sila refer pada nombor dalam gambar bahan2)

  1. 1 batang negi
  2. 2 sachets agodashi
  3. 1 uncang dashi
  4. 7 ulas bawang putih
  5. 2 helai konbu ( potong 4)
  6. 2 sudu besar minyak bijan
  7. 2 sudu besar kicap cair jepun kikoman
  8. 500ml susu soya tanpa gula
  9. Mi Ramen
  10. 1kg ayam

    Untuk minyak lada
    Lada hitam
    Bunga lawang
    Serbuk cili
    Kulit kayu manis
    Bawang putih cincang
    Minyak masak
    Minyak bijan
    Sedikit lada sulah

    Cara-caranya:-

    Mula-mula👇

    Didalam periuk ber asingan masak kuah dashi yg dlm uncang tu, ambil 500ml air dan masukkan uncang dashi tu, biar uncang dalam air panas tu selama 5 minit, buang uncang tu dan ketepikan.




    Potong 4 ayam dan masukkan dalam periuk, masukkan air, paras air biar tenggelam ayam tu, kemudian biarkan selama 7,8 minit.


    (sebelum direbus)


    (setelah 7-8 minit direbus)

    Buang air rebusan tadi dan tapis ayam tu, langkah ini penting sbb bagi ayam bersih dan bagi menjadikan kuah ramen sedap.



    Kemudian masukkan semula ayam dalam periuk tadi dan masukkan air yang baru, masukkan juga negi yg telah dipotong, kombu, bawang putih dan garam, biarkan mendidih, tutup periuk pressure cooker dan rebus selama satu jam.



    Setelah satu jam, keluarkan konbu, negi, bawang putih dan ayam. Tinggalkan hanya kuah di dalam periuk tu.



    Asingkan tulang dan isi ayam, kemudian ambil sedikit kuah tambah juga sedikit air , blender halus.
    Masukkan semuanya di dalam periuk semula dan kacau sebati.






    Masukkan kuah dashi yang kita buat mula2 tadi tu, masukkan 2 sudu besar kicap kikkoman dan 2 packet agodashi didalam periuk kacau lagi. biarkan mendidih.



    Selepas itu masukkan 500ml susu soya tanpa gula dan 2 sudu besar minyak bijan. Kacau sebati, sesuaikan rasa.



    Biarkan dan masak lagi dengan api perlahan selama 30 minit.



    Next buat minyak lada ( ra-yu) ラー油
    -di dalam fry pan, goreng tanpa minyak , masukkan kulit kayu manis, lada hitam, bunga lawang, masak beberapa minit , keluarkan.



    -di dlm fry pan yang sama masukkan 6 sudu besar minyak masak , dan tumis bawang putih hingga agak perang.





    didalam bowl tahan panas, masukkan minyak panas yg ber isi bawang putih tadi , kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam dan serbuk cili dan lada sulah. Kacau sebati semua.



    -Akhir sekali masukkan sedikit minyak bijan supaya aroma nya wangi.

    Rebus mi ramen mengikut arahan pada paket.

    Rebus telur separuh masak, caranya bila air agak timbul buih tu, kira macam kita Rebus air dulu lah baru masukkan telur, tapi air jangan sampai mendidih lah, rebus telur hanya 6 minit, angkat dan buang kulit telur. .

    Cara penyediaan.
    Sediakan bowl ramen , masukkan mi ramen, curah kuah ramen dan minyak lada atas nya, kacau sedikit, next atur hirisan daun bawang, hirisan lada kering halus,. Jagung dan hirisan chicken ham.
    Sedia untuk dimakan, selamat mencuba.





    Untuk topping terpulang ya ikut selera masing2, dan tahap kepedasan minyak lada juga boleh di adjust dgn tambahkan serbuk cili lagi.
    Kalau boleh serbuk dashi tu kena ada lah, sbb untuk maintain kan rasa ‘umami’ rasa Jepun pada ramen 🍜 ni.

    Untuk yang di Malaysia:-
    Serbuk dashi (atau boleh digantikan dengan kiub/serbuk pati ikan bilis) , rumpai kering konbu atau serbuk konbu, kicap jepun kikkoman dan mi ramen boleh dibeli di Shoppee.

    Negi yang digunakan ketika merebus ayam boleh digantikan dengan beberapa pokok daun bawang.

    Kalau nak guna spaghetti tu boleh kalau kat rumah takde mi ramen, dgn cara rendam dulu spaghetti tu setengah jam, lepas tu baru rebus ikut arahan pada paket spaghetti ya, nnt mi spaghetti tu akan lembut macam mi biasa juga.
    Nak guna mi kuning biasa pun ok, cuma tiada rupa macam mi ramen lah.
    Kalau tiada susu soya tanpa gula tu, boleh ganti susu segar biasa, jangan ganti dgn susu sejat atau santan ya , nanti jadi mi kari pulak 😅

    Jika tiada pressure cooker, sila lebihkan masa merebus 30minit hingga 1 jam lagi.

    Actually Ramen kat Jepun ni banyak jenis ya, ada Shoyu ramen ada miso ramen, so kalau korang buat ramen ni tak sama rasa macam korang makan kat kedai ramen tu maknanya mmg lainlah ya, yang Ros bagi resepi ni Rich Chicken Ramen, so broth nye memang berbeza.🍜 Percayalah ros dah rasa Shoyu ramen, miso ramen semua tu, bagi Ros Chicken Ramen is the best, sbb rasa premium n rasa broth nye tu sangat rich dan sedap, secukup rasa pada selera Ros.

    Disclaimer: Peringatan juga ni, resepi Ros dah bagi penerangan satu2, bak kata orang air tangan kita lain2 ya, walaupun resepi sama namun mungkin hasil nya akan berbeza, harap tiada yang compare atau salahkan resepi ramen Ros ni, sebab ros buat atas pengalaman ros masak ramen ni banyak kali, bila dah berjaya baru berani nak share.