OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahanya

sedikit kobis- dihiris halus
1/2 cawan mix vegetable
sedikit dada ayam – dihiris kasar
seulas bawang putih – dihiris
4 batang kacang buncis ( dihiris halus)
1 1/2 cawan nasi
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 ulas bawang merah – cincang ( ros guna bawang besar cincang)
3 biji telur (sebiji di masukkan dalam nasi dan 2biji lagi untuk disalut pada nasi goreng nanti)
garam
sedikit lada sulah
minyak masak

( 2 biji telur yang akan di salut pada nasi goreng tu ros campurkan dengan 1 sudu besar susu bagi menambahkan lagi rasa pada telur dadar tu nanti)

Cara-cara

1. Mula-mula panaskan minyak, dan tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih, bila naik bau dan agak garing masukkan isi ayam.

2. Kemudian masukkan mix vegetable, kobis dan sos cili, kacau sebati, ketepikan sedikit semua bahan tumis, dan pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

3. Masukkan nasi, lada sulah dan garam. gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang buncis dan biarkan seketika, angkat dan ketepikan.

5. Pukul telur dengan 1 sudu besar susu dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.

6. Layangkan fry pan supaya telur masak sekata dan bagi mendapatkan permukaan telur dadar yang lebar..

7. Masukkan 1 setengah senduk nasi gorent tadi, di tengah-tengah telur dan lipat kemas. tutup api.

8. Terbalikkan nasi goreng yang siap dibalut tadi di atas pinggan dan letak sos cili atasnya. Paipkan sos cili mengikut kreativiti masing-masing, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ros gandingkan nasi goreng pattaya ni dengan ayam goreng kunyit dan timun, Inilah menu dinner kami malam tadi, sesekali makan nasi goreng sebagai dinner apa salahnye kak, pastu saje je nak buat ala-ala nasi goreng pattaya macam kat restoren tu, nasib baik jadi, kalau tak tu terburai je ros buat hihihi : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements