OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pizza

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, petang ni baru lah ade masa sikit nak updated blog, minggu lepas ros buat pizza, sebagai minum petang tapi rasa berat sangat menu ni, makan sikit je petang tu, yang lebihnye buat menu makan malam, seronok dapat makan pizza baru keluar dari oven, panas dan mozarela pizza nya tu pun cair bertali, satu ros letak lada benggala, sosej, nenas dan tomato, satu lagi ros letak sosej dan keju je, khas buat anak-anak ros, resepi biasa je, same je macam ros buat pizza wheels tu…di bawah ni ros copykan balik resepi nya, sesiapa nak cuba boleh try resepi pizza ni ye.

Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

* Untuk Toping* – mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Nota: topping tu boleh juga letak isi ayam ataupun tuna, ikutlah selera dan bahan yang sedia ade kat dapur tu ya. Pizza ni sedap di makan panas-panas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement