Kuih Ros, Kuih Goyang, Kuih Bunga Durian Kuih Sarang Tebuan
Kuih Ros, Kuih Goyang, Kuih Bunga Durian Kuih Sarang Tebuan

Kuih Ros, Kuih Goyang, Kuih Bunga Durian Kuih Sarang Tebuan

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
1 (500gram) bungkus tepung beras (cap gajah)
1 biji telur
1 cawan gula ( kalau nak manis boleh tambah)
2 sudu air kapur
5 cawan santan ( ikut kecairan adunan, kalau pekat boleh tambah santan lagi)

caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, dan kacau sebati, pastikan adunan cair, kalau rasa macam pekat boleh tambahkan santan lagi.

2.Panaskan minyak dan rendamkan acuan kuih ros di dalam minyak panas, setelah acuan agak panas, baru celupkan pada adunan, pastikan adunan tidak dicelup melebihi acuan kuih ros untuk mengelakkan kuih ros melekat pada acuan, kemudian rendam semula di dalam minyak panas sebentar, akhir sekali goyangkan supaya kuih ros keluar dari acuan, balik-balikkan supaya kuih ros masak sekata, angkat dan toskan minyak yang berlebihan.

3. Simpan di dalam bekas bertutup, kuih ros yang sangat sedap, rapuh, garing dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.

Kalau nak letak pewarna merah pun boleh, tapi ros lagi suka warna original, satu paket tepung beras ni dapat dalam 2 balang juga, dan kena punya kesabaran apabila memasaknya.