OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Banana Bagel

Bahan-bahanya ( resepi asal dari buku masakan jepun)

150gram pisang ranum ( lebih kurang 1 1/2 biji pisang saiz sederhana)
1 sudu kecil jus lemon
200gram tepung roti
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar susu segar
sedikit telur untuk gliss pada permukaan bagel nanti

Cara-caranya
1. Panaskan oven 180 darjah, kemudian di dalam bekas adunan satukan pisang dan jus lemon, lenyek hingga hancur, kalau nak guna food processor atau blender pun boleh.

2. Selepas itu masukan tepung gandum, baking powder, garam, susu dan minyak masak, gaul sebati, hingga menjadi doh.

3. Bahagi doh pada 4 ke 6 bahagian kecil dan bentukan seperti bagel, susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan oven paper dan gliss sedikit permukaan bagel dengan telur, akhir sekali bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit. Setelah masak sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dijadikan sarapan bersama secawan kopi O ataupun kopi susu, Selamat Mencuba.

Nota: Ros jadikan bagel pisang ni sebagai sarapan pagi, makan dua ketul pun dah kenyang, sebab bagel ni padat isinya, rasa pun sedap, suke makan dengan kopi susu : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement