OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Banana Cinnamon Dessert Pizza

Pizza dessert ni amat sesuai di makan pada bila-bila masa, ros variasikan topping nye tu dengan taburan serbuk kayumanis, pisang, krim keju dan keju campuran, rasa tidak mengecewakanlah, sedap sangat, ni pun rasa nak buat lagi ni, hihihi, apa kata kita tukar selera dari pizza savori ke pizza manis pula, resepi ade kat bawah ni ye : )

Bahan-bahanya
Untuk Doh Pizza
250gram tepung roti
160ml air suam
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar susu tepung ( kalau tak nak letak pun takpe)

Untuk Topping
1 biji pisang ( dihiris nipis)
1 sudu besar serbuk cinnamon
Sedikit cream cheese ( di potong kecil-kecil)
Sedikit mix cheese
1 sudu besar gula

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh pizza dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan  kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian, dan canai bulat.

4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan sebentar dalam 40 minit , akhir sekali sapu dasar pizza dengan serbuk cinnnamon dan gula, pastikan sekata, kemudian atur pisang, cream cheese dan akhir sekali tabur mix cheese di atas bahan topping tadi.

5. Bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tabur kismis ke dried fruits pun boleh, pizza dessert ni creamy dan harum dengan aroma pisang dan kayu manis tu, pasti membangkitkan selera.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement