Nasi Lemak Halba
Nasi Lemak Halba

Nasi Lemak Halba

Jom kita breakfast nasi lemak halba, ros kalau buat nasi lemak selalunya memang suke letak halba, halba ni baik untuk kesihatan dan menaikkan lagi aroma nasi lemak ni, ala-ala bau nasi dagang sikit, kalau nak rasa kelainan, boleh cuba resepi nasi lemak ros ni ye. : )

Bahan-bahanya

2 cawan beras

1 cawan santan+1 cawan air

1 sudu kecil halba

sedikit hirisan halia

1 ikat daun pandan

sedikit garam

* untuk sambal ikan bilis*

1 genggam ikan bilis

sedikit belacan ( kalau tak nak letak pun takpe)

3 biji bawang merah

1/4 biji bawang besar

1 biji bawang putih

2 sudu besar cili kisar

garam

gula

sedikit air asam jawa

*Pelengkap nasi lemak*

telur rebus, timun dan ikan bilis goreng

Cara-caranya

1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa, masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.

2. Masak sambal ikan bilis, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan, kemudian bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus atau diblender halus, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.

3. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, jika terlalu kering masukkan sedikit air, masak hingga sambal agak pekat dan naik minyak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak, Selamat Mencuba.

Nota: kalau nak tambah pedas boleh gandakan sukatan cili kisar tu ye.

Nasi Lemak Halba
Nasi Lemak Halba
Nasi Lemak Halba
Nasi Lemak Halba
Advertisement