OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bun Jus Mangga

Bahan-bahanye
150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur (3/4 biji dalam doh baki gliss pada roti)
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
100 ml jus mangga ( jus mangga 100peratus yang didalam botol atau  jus mangga yang diblender sendiri)
1 ½ sudu kecil yis
sedikit jem mangga untuk di piping atas bun nanti ( buleh ganti dengan jaluran kastard atau kaya)

( kalau nak letak bread improver atau bread softner pun bole) tapi masa ros buan bun ni ros tak letak.

Caranya.

1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

Kaedah lain- masukkan semua bahan dalam BM dan tekan menu Dough, kemudian tunggu sampai siap dan boleh terus dibentuk.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil  dan susun dalam acuan petak 18cm .  Biarkan doh naik sehinggga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau satu jam, akhir sekali gliss bun dengan baki telur tadi dan paipkan jem mangga di permukaan bun, kalau tidak mahu jalurkan dengan jem mangga pun boleh biarkan kosoang sahaja,  bakar pada suhu 180 darjah selama 20 atau 23 minit.

4. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas kedap udara, selamat mencuba.

Nota: Ros gunakan jus mangga dalam botol kecil, jenama maaza, yang selalu jual dekat kedai halal tu, Bun ni bial siap di bakar memang harum je baunya, rasa pun sedap…: )

jem

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA