acar1

Bahan-bahanya

1/6 biji nenas

1 batang timun

1/2 batang carrot

1/4 biji bawang besar

3 biji cili padi

2 sudu besar perahan jus lemon ( nak tukar ngan cuka makan pun boleh)

2 sudu besar gula

Caranya

1. Potong carrot seperti anak mancis, timun, nenas dan bawang besar dihiris nipis, cili padi dimayang halus.

2. Masukkan semua bahan yang telah dihiris di dalam bekas dan gaul bersama air perahan lemon dan gula, simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Semalam ros tak guna cuka makan, sbb takde stok, tu yang ganti dengan perahan lemon tu, sedap jugak, tambah lagi rasa masam-masam manis dalam acar nenas ni. timun dan bawang tu pun ros guna slicer je, nak senang keje hihihi. Ros gandingkan acar nenas ni dengan ayam masak madu, memang sesuailah. : )

acar2