OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hari tu ros beli renkon ( lotus root) dekat supa, sebab nak buat tempura, tapi ade pulak lebih sikit, terus rasa nak sagat nipis-nipis dan buat ala ala keropok, ros pernah tengok rancangan masakan kt tv jepun ni ade tukang masak tu jadikan lotus roots kerepek, bahan utama tu ros tak ingat sangat, ros pandai-pandai je gaul garam dan goreng, hasilnya tak mengecewakan lah, rangup sangat, anak-anak berebut makan. resepi senang dan ringkas, dekat Malaysia pun ade jual kan akar teratai ni…nanti kalau jumpe boleh try kerepek lotus roots ni ye : )

Bahan-bahanya

1/2 batang lotus roots

1/2 sudu kecil garam

1 cawan minyak masak

Cara-Caranya

1. Kupas kulit lotus roots, dan rendam di dalam air. Kemudian sagat nipis, seperti buat kerepek pisang. Basuh dan toskan, kemudian gaul dengan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng lotus root hingga garing, sejukkan dan sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan begitu sahaja, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: Masa baru masak renkon chip ni, renkon tidak akan jadi terus rangup, bila dah sejuk sikit baru dia jadi crispy dengan sendirinya. : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement