OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua, seperti yang dijanjikan hari ni ros berkongsi pula cara-cara nak buat nasi ayam claypot, caranye lebih mudah dari nasi ayam biasa yang ros selalu buat, bagi ros lah, sebab stepnye tak banyak, nasi tu pun tak perlu tumis2 dulu, boleh rebus terus dengan air stok ayam, rasanya cukup sedap, dan bahagian kerak tu yang paling ros suke, selalunye kita masak nasi ayam dalam periuk nasi kan, apa kata kita cuba masak dalam periuk tanah liat, pasti ade kelainananye, resepi ade di bawah ni ye, Selamat Mencuba.

Nasi Ayam Claypot
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

Untuk Nasi Ayam
3 cawan beras
800ml air@ 5 cawan air rebusan ayam@stok ayam
beberapa hirisan halia
3 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil minyak bijan
Untuk perapan ayam
1kg ayam, asingkan tulang dan isi bahagian peha dan dada ayam.
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 ketul cendawan shitake kering
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar@4 biji bawang merah
1 sudu besar madu
sedikit garam dan gula

untuk topping pada nasi ayam claypot: sedikit hirisan daun bawang dan bijan goreng

Cara-caranya

1. Mula-mula rendam cendawan kering shitake dengan air biasa beberapa jam, setelah kembang toskan airnya dan cendawan dipotong dua, ketepikan.

2. Didalam periuk masukkan 1.5 Litre air bersama tulang ayam tadi dan rebus bersama sedikit halia dan garam , masukkan juga 1 kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan tutup api, ambil 800ml air stok ayam tadi dan asingkan ( untuk masak nasi ayam) . Bakinya akan dijadikan sup untuk dimakan bersama nasi ayam nanti.

3. Kemudian, bahagian peha dan ayam boneless dipotong kecil, tapi jangan kecik sgt, agak-agak lah ye, sagat atau tumbuk hancur halia, bawang putih dan bawang besar, kemudian campurkan pada ayam tadi, masukkan juga, cendawan shitake yang telah kembang tadi, kicap manis, kicap cair serbuk lada hitam, madu, gula dan sedikit garam, gaul sebati dan perap lebih kurang selama 30 minit hingga satu jam.

4. Sementara itu boleh masak nasi ayam, beras di basuh bersih dan toskan airnya, masukkan beras di dalam periuk tanah liat@claypot dan curahkan 800ml air rebusan ayam@stok ayam, masukan juga kicap manis dan hirisan halia, masak seperti biasa. Pastikan apabila air nasi sudah kering, perlahankan api dan tutup periuk claypot dengan penututpnya.

5. Setelah ayam diperap 30 minit, di dalam fry pan, masukkan 3 sudu besar minyak, dan goreng ayam yang diperap tadi sehingga permukaan atas ayam agak perang, kemudian curahkan baki perapan ke dalam frypan yang sama dan masak sehingga ayam empuk dan cendawan shitake masak, akan terdapat sedikit kuah di dalam frypan nanti, untuk memekatkan kuah itu, ambil satu sudu besar tepung jagung atau tepung kanji kentang kemudian bancuh dengan sedikit air, curah kan dalam frypan tadi dan kacau sebati, setelah pekat, boleh terus di curahkan atas nasi ayam yang sudah masak tadi, tabukan juga dengan hirisan daun bawang dan bijan goreng.

6. Hidangkan nasi ayam claypot bersama baki sup ayam dan sambal nasi ayam, Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
set nasi ayam claypot cik ros  : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Jika mahu tabur daun sup ataupun hirisan daun celery di atas nasi ayam ini boleh juga, ikut selera masing2 ya, Selamat Mencuba.

Advertisement