OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ni menu utama kami colek ikan tenggiri, dah acap kali dah buat menu ni, senang dan sedap, ikan tu ros tak grill atau bakar pun, ros cuma saute je, guna beberapa titik minyak dan goreng macam biasa, no deep fry, salah satu cara masak ikan yang sihat, resepi ni asalnya dari myresipi.com, sumbangan dari Kak Zaliana, dan sangat terkenal di merata-rata blog masakan seantero Malaysia….: )

Colek Ike Tenggiri
Sumber Resepi Asal: Kak Zaliana dari Myresipi.com
telah dicuba oleh : Rosmarlina @ jintanmanis.com

2 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
5 biji cili api
sedikit air asam jawa
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar (hiris)

Caranya:
1. Bakar ( grill) ikan tenggiri dalam oven hingga masak , lebih kurang 20 minit je. ( ros saute ikan tenggiri tu, cara-caranya ade di bawah).

2. Blender halus cili padi, air asam jawa, air masak dan belacan hingga hancur. Kemudian masukkan gula dan garam. Selepas itu masukkan tomato dan bawang yang telah dicincang dadu tadi.

3.Akhir sekali masukkan daun ketumbar…curahkan di atas ikan tenggiri yang di bakar tadi, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
sedia untuk dihidangkan

Nota: Ikan tenggiri batang tu , setiap kepingan ros potong dua, lumur kan dengan sedikit garam dan kunyit serbuk, sediakan fry pan, dan titikkan minyak masak, susun kepingan ikan tenggiri dan tutupkan frypan dengan tudung periuk, biarkan beberapa minit dan balik-balikkan sehingga kedua-dua bahagian ikan tenggiri perang.

Advertisement