Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka

Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka

Assalammualaikum wbt dan selamat petang semua, ni lah nasi kerabu perantau, walaupun nak membuatnya banyak step, tapi ros gagahkan jugalah, sebabnya lama dah teringin nak makan, alang-alang ade telur masin tu kan, tu yang semangat nak buat tu, nasi warna biru tu ros guna pewarna je, lauk pauk nye pulak ros buat, ayam percik, ikan salut tepung dan ade sambal isi ikan, kuah sambal tumis dan kuah percik ayam tu juga, bila nak makan tu penuh satu pinggan, gaul sebati dan baru di makan, tidak dilupa juga sedikit budu…makin sedaplah nasi kerabu ni, cik abang pun suke, oklah resepi ros ikut cara kak Yani Myresipi…boleh rujuk di bawah ni ya.

Nasi Kerabu Perantau
Sumber resepi: Kak Yani Myresipi

Nasi- warna kuning ( semua bahan untuk 3 orang makan) ros buat warna biru
2 cwn beras
1 sudu kecil garam
air ikut periuk nasi masing2 lah sukatanye tu.
sedikit serbuk kunyit ( klu ade pewarna kuning leh letak dua tiga titik)
2 helai daun limau purut

Untuk Sambal Tumis

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 sk serbuk kunyit
1/2 cawan santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
1 sudu besar budu
garam dan gula melaka

Sambal ikan

1/2 ekor ikan saba (kt mesia leh guna ikan kembung)
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
1 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar
1 batang serai
1cm halia

Kerabu

kubis
timun
kacang buncis
taugeh
daun kesum ( takde)
daging bakar
ayam goreng kunyit
budu+cili padi+ perahan lemon
Keropok Ikan Goreng

Caranya

1. Mula-mula masak nasi dan masukkan semua bahan-bahan nasi, masak seperti biasa.

2. Untuk sambal tumis, blend semua bahan sambal tumis, panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang diblend tadi dan biar pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa masukkan garam dan gula.

3. Untuk sambal Ikan, cincang halus semua bahan dan kemudian rebus ikan dan asing isi dan tulang, sangai kelapa parut sehingga perang dan masukkan bahan yang dicincang halus dan isi ikan tadi. Goreng dan kacau sebati hingga garing. ( guna api kecil)

4. Untuk kerabu, hiris halus kubis, timun, kacang buncis, buang ekor tauge, goreng keropok ikan, buat daging bakar ( daging rebus dan panggang sekejap) hiris nipis, goreng ayam dan sediakan budu. Ok semua dah siap, Hidang dah sedia untuk dimakan.

Nota: Kalau nak pedas boleh letak hirisan cili padi sikit dalam sambal isi ikan tu, dan bila nak makan gaul sebati je semua bahan-bahan topping tu, baru sedap.

Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka
Nasi Kerabu Perantau Nun di Osaka