Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns

Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti @ tepung high protein@ tepung superfine
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk ( ros letak serbuk soya mealshake shaklee 2 sudu besar)
2 sudu besar madu ( ni klu tak letak pun takpe)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula

40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain@natural yogurt

sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini nanti.

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris untuk ditoppingkan pada bun bee hives tu nnt)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ke 16 ketul, bulat-bulatkan, susun doh di dalam acuan petak, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, tabur bijan hitam, kuaci hijau dan badam hiris, sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnye dengan maple syrup, nak makan dgn sos butterscotch pun boleh, Selamat Meroti buat semua.

Jika doh ni nak dibahagikan dua pun boleh, mcm ros buat hari tu, separuh ros buat bee hives buns separuh lagi ros campurkan serbuk koko dan biskut oreo hancur, khas utk anak2, letak salam papercup dan bakar seperti biasa.

bentukkan ape jua bentuk kegemaran anda dengan doh ini, nak letak koko ka , pandan emulco pun boleh, kalau nak letak inti pun boleh.

Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns
Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns