Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau

Ketupat Daun Palas Perantau

Assalammualaikum WBT. Mesti ramai tertanya kan, macam manelah ros yang kt Osaka ni dapat daun palas tu , sebenarnya daun palas ni pemberian kawan ros iaitu kak Marshita atau pun ros panggil kak ita yang duduk di Saitama tu, kak ita pula dapat daun ni dari Kak Pah, kiranya jauh juga lah perjalanan daun palas ni, dari Kedah ke Saitama, dan terus ke Osaka, terima kasih ros ucapkakn pada kak ita dan kak pah atas pemberian yang amat berharga ini, dua hari lepas tu barulah ros berpeluang nak buat, terus terang ros katakan ros tak reti dan tak pernah melipat ketupat daun palas ni, nasib baik hubby ros buleh lipat, dia kan orang Ganu, jadinya takde masalah baginya, bab pulut tu je kena cari resepi, dia tak tau, jadinya ros gunakan resepi idzaereynee di myresipi.com, tapi ros tak ikut kuantiti bahan nye, ros ajust sendiri je, cara-caranye tetap same, terima kasih pada idzaereynee atas resipi ketupat daun palas ni ye yang telah menjadi rujukan ros, di bawah ni ros sertakan resepinya, izinkan ros kongsikan di jintanmanis.com ya. : )

Ketupat Daun Palas
sumber resepi: idzaereynee@ myresipi.com

Bahan-bahan ( 60 biji lebih )
1 kilo pulut
1 kilo santan pekat
2sb gula
sedikit garam
satu simpul daun pandan
daun palas secukupnya

bahan-bahan yang ros buat semalam
5 cawan beras pulut jepun
300ml santan pekat
1sb gula
sedikit garam
satu simpul daun pandan
daun palas secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan pulut dan masukkan ke dalam kuali – ros rendam pulut tu dalam 5 jam baru ros masak dalam kuali

2.Tambahkan santan, gula, garam dan daun pandan

3. Masak sehingga separuh masak
*Sentiasa kacau pulut supaya tak berkerak.

4.Lepas tu boleh la dibungkus dengan daun palas..Caranya boleh tengok dalam youtube.

5.Akhir sekali masukkan dalam periuk yang agak besar dan masukkan air sehinga ketupat tenggelam.

6.Rebus sehingga air kering dan ketupat masak.

7.Sedap dimakan dgn rendang @kari daging

Nota: Ros rebus ketupat ni sejam je, sbb masa ros masak pulut tu , pulut tu hampir nak masak, takut overcook, dan terlembik pula nanti, bila dah satu jam, ros toskan airnya dan esok paginya nak makan ros goreng sedikit dengan sedikit minyak, kasi garing sikit daun nye tu, dan makan dengan serunding daging, memang sedaplah.

Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau
Ketupat Daun Palas Perantau