Kerabu Tomato Bersama Ikan Masin dan Ikan Bilis
Kerabu Tomato Bersama Ikan Masin dan Ikan Bilis

Kerabu Tomato Bersama Ikan Masin dan Ikan Bilis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 biji tomato
sedikit isi ikan kurau masin
sedikit ikan bilis
1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi merah ( boleh tambah kuantiti cili padi mengikut tahap kepedasan masing2)
1/2 biji lemon
sedikit gula dan garam
2 sudu kecil nampura@sos ikan ( ni kalau takde pun takpe, klu letak lagi sodap)

Cara-caranya

1. Buah tomato dibuang biji dalamnya, dan dihiris sederhana.

2. Isi ikan kurau di potong sederhana dan goreng hingga garing, kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.

3. bawang besar dan cilipadi dihiris nipis, di dalam bekas, satukan tomato, hirisan bawang besar, cili padi, isi ikan kurang dan ikan bilis yang digoreng tadi, gaul sebati dan pastikan semuanya mesra.

4. Kemudian perahkan 1/2 biji lemon di dalamnya, masukkan juga sedikit nampura @ sos ikan, sedikit garam dan gula, gaul lagi, siap dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Jika ingin taburkan sedikit hirisan daun ketumbar pun boleh dalam kerabu ni, makin berseri dan menaikkan lagi aromanya.