Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Stir Fried Black Pepper Udon Noodles

Stir Fried Black Pepper Udon Noodles

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

sedikit daging boneless dipotong nipis ( boleh juga guna isi ayam)
sedikit kobis( dipotong kasar)
2 paket udon ( ros guna yang kering, rebus dan toskan)
1 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit putik jagung
1/4 batang carrot
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit lada hitam dan lada sulah
sedikit minyak untuk menumis
sedikit minyak bijan untuk menambahkan lagi aromanya

( untuk perapan pada daging sedikit parutan halia dan bawang putih, sedikit lada sulah, 1 sudu besar madu, 1 sudu besar kicap manis dan sedikit lada hitam)

Cara-caranya

1. Daging dipotong nipis nipis, kemudian perapkan daging dengan bahan perapan diatas , perap selama lebih kurang 30 minit.

2. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan sebentar daging yang siap diperap tadi, pastikan daging betul-betul masak dan empuk, jika mahu masukkan sedikit air pun boleh, angkat dan ketepikan.

3. Dalam fry pan yang sama, masukkan sedikit lagi minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan naik bau, kemudian masukkan kicap cair@ kicap manis dan sos tiram, kacau sebati.

4. Selepas itu masukkan pula daging, hirisan putik jagung carrot dan kobis, gaul mesra, masukkan pula serbuk lada hitam, setelah semuanya layu, baru masukkan udon, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit lada sulah, angkat dan hidangkan panas, Selamat Mencuba.

Nota: hirisan daging boleh ditukar pada dada ayam ataupun seafood, ikutlah selera masing-masing ya, kalau nak hitam lagi buleh guna kicap pekat dan tambahkan juga sedikit kiub pati ayam.

Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Stir Fried Black Pepper Udon Noodles
Advertisement