
Chocolate, Cream Corn and Blueberry Crepes
Kulit Crepes ( Dua Jenis Tepung Sahaja)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( Menghasilkan 12 keping crepes saiz sederhana)
80gram tepung gandum
20gram cornstarch@tepung jagung
2 biji telur
sedikit pewarna kuning@hijua atau apa jua warna kegemaran anda
30gram butter@marjerin
1 penutup esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
100ml susu segar
70ml air
Bahan Inti
200ml fresh cream/whipping cream/nama cream
30gram gula
krim jagung, blueberry filling dan sapuan krim coklat.
Cara-caranya
1. Mula-mula dengan menggunakan microwave ataupun periuk kecil ataupun frypan, cairkan butter dan ketepikan. Kemudian di dalam mangkuk adunan, satukan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam kacau sebati menggunakan hand whisker.
2. Selepas itu, masukkan pula telur, di selang seli dengan susu segar dan air, kacau dan pastikan adunan tidak berketul, kemudian masukkan, esen vanila, pewarna kuning dan butter yang telah di cairkan tadi. Tapis adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung.
3. Tutup mangkuk adunan dengan plastic wrap dan perap adunan selama 20 minit ke 30 minit, Selepas adunan di perap, ambil frypan, dan sapukan@gliss permukaan frypan dengan butter atau marjerin, setelah frypan panas, ambil satu senduk adunan crepes dan layangkan nipis di dalam fry pan. Tidak perlu di terbalikkan, masak satu bahagian sahaja, setelah tepi kulit crepes se akan-akan menggelupas,itu tandanya crepes dah masak, angkat dan sejukkan di atas piring, Ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis.
4. Sementara tunggu kulit crepes sejuk, pukul fresh cream atau nama cream bersama gula sehingga kental, sediakakn bahan inti yang lain pula, ros guna krim jagung, blueberry filling dan krim coklat.
5. Ambil kulit crepe tadi dan terbalikkan bahagian bawahye, maksudnya macam ni, bahagian atas yang berkilat tu kita letak kat bawah, bahagian bawah nye tu kita letakkan 1 sudu besar fresh cream, kemudian letakkan pula inti nye dan tutup sekali lagi dengan fresh cream.
6. lipat kemas ke semua bahagian dan jadikan bentuk segi empat, pastikan bahagian yang dilipat ke bawah, dan susun atas piring , akhir sekali, sejukkan sebentar didalam peti ais, baru dimakan.
Sedikit tips-tips dari ros@ jintanmanis.com
1. Proses perapan selama 20 minit hingga satu jam adalah amat penting bagi adunan lebih mesra dan kulit crepes akan jadi lebih lembut dan sedap.
2. Ke cairan adunan sama macam kita buat kuih ketayap tu, pastikan masa melayangkan adunan dalam frypan, tekstur kulit crepes tidak terlalu nipis tidak terlalu tebal.
3. Nak pukul whipping cream tu awal pun boleh, sejukkan dulu dalam peti ais ya.
4. Pastikan kulit crepes di sejukkan dahulu sebelum diletakkan inti cream. takut whipping cream cair nanti bila dilipat.
5. Disarankan sejukkan dahulu crepes sebelum dimakan, untuk menyedapkan lagi rasa crepes tersebut.
– Boleh rujuk gambar rajah di bawah untuk cara melipat crepes.
Nota: Kalau nak letak warna lain selain dari kuning pun boleh, macam hijau daun pisang tu, cantek juga, bergantung pada isi filling nye tu ya, bagi ros kuning diraja ni pun dah cun dah : )





