Asam Pedas Ikan Saba ( makarel)
Bahan-bahannya
1 ekor ikan saba ( saiz sederhana) dipotong 6 bahagian ( nak guna ikan lain pun boleh)
2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas)
1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua)
2 inci halia ( diptong nipis)
3 helai daun limau purut ( carik-carikkan kasar)
sedikit belacan
3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)
1 biji bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji tomato
beberapa kacang bendi
sedikit minyak untuk menumis
garam
Cara-caranya
1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kalau nak tumbuk guna lesung batu lagi bagus.
2. Tumis daun limau purut, serai dan halia hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan setengah biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ikan dan kacang bendi, setelah kacang bendi empuk, baru masukkan baki tomato tadi yang telah dipotong 4, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: Ikan tu kalau nak goreng separuh masak dulu pun boleh, tapi ros terus letak je, kalau guna ikan besar sikit baru ros goreng dulu, ros suka kuah asam pedas ni, sedap je hirup sampai habis, makan satu lauk ni pun dah memadai bagi ros, ade ikan dan sayur-sayuran dlm satu menu.: )