Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol
Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol

Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, angin ape ntah yang datang meniup, ros tetiba rajin nak mengukus nasi lemak, bukan menu sarapan tau, ros buat menu dinner heheehehe, camno lah nak kurus ni kan, malam-malam makan nasi lemak, kena pulak dengan sambal ikan aye atau ikan tongkol lagilah meriah dan sedap, kat jepun ni memang senang nak dapat ikan tongkol tu, tapi ikan nye telah di potong bahagian isi je, orang jepun buat sashimi, nak beli yang di bakar sikit pun ade, namanye katsuo tataki, ros lebih suke beli yang belum di bakar, sebab nampak lagi fresh, kalau masak nasi lemak kukus ni agak banyak stepnye, tapi hasilnya cukup puas hati, sebab nasi nye berderai dan tidak muak bila makan, harum semerbak dengan bau daun pandan frozen ku itu, kalau guna daun pisang fresh dan daun pandan freseh lagi bestkan, tapi ape nak buat guna je ape yang ade, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, ade kerajinan nanti buleh cuba : )

Nasi Lemak Kukus Jintanmanis.Com
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( nasi lemak kukus)

3 cawan beras
400ml santan
2 helai daun pandan di simpul
2 inci halia yang dipotong nipis
sedikit garam
( kalau nak letak halba ke hirisan bawang kecil atau bawang besar dalam nasi ni pun boleh)

1. Panaskan pengukus, tunggu sehingga air mendidih, sementara itu beras dicuci bersih dan toskan, setelah air mendidih, kukus nasi selama 10 minit, ros guna kain lubang-lubang tu, kain memang khas untuk mengukus, kalau takde kain pengukus tu boleh letakkan beras dalam acuan ataupun loyang bulat, dan kukus seperti biasa.

2. Setelah 10 minit ataupun setelah nasi separuh masak, angkat dan masukkan dalam bekas, campurkan nasi tadi dengan santan, halia, daun pandan dan garam, biarkan sehingga santan menyerap di dalam beras, masa yang diperlukan lebih kurang 2 ke 3 jam, kemudian kukus semula nasi selama 40 minit, atau sehingga nasi lemak betul-betul masak, angkat dan hidangkan bersama sambal ikan aye, timun dan ikan bilis goreng.

Nota: Ros kukus guna kain lubang-lubang tukan, jadinya ade lebihan santan sikit pada dasar beras tu, ros alaskan kain lubang-lubang tu dengan alumunium foil dan kemudian ros curahkan beras dan kukus sehingga nasi lemak betul-betul masak, sebab tak mau lebihan santan yang sikit tu termasuk dlm air pengukus, jika ganti alumunium foil tu dengan daun pisang fresh lagi digalakkan..: ) kalau guna loyang bulat takyah alas dah, kukus terus je.

Untuk Sambal Ikan Aye@ikan Tongkol

1/2 ekor ikan aye@tongkol
4 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
4 biji bawang kecil
1 keping asam gelugor
sedikit belacan
sedikit gula nisang, ataupun gula merah
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1.Ikan tongkol dipotong beberapa bahagian, di dalam periuk masukan ikan tongkol, air, asam gelugor dan sedikit air, pastikan air jangan terlalu banyak, cukup hanya paras ikan tongkol itu tenggelam sahaja, rebus seketika lebih kurang 10 ke 15 minit, toskan ikan dan air rebusan, air rebusan jangan dibuang, akan digunakan dalam kuah sambal nanti.

2. Tumbuk bawang putih, bawang kecil hingga lumat, kemudian panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis cili kisar, dan bahan yang ditumbuk tadi higga agak garing, selepas itu masukkan air rebusan ikan, sedikit nisang atau gula merah dan sedikit belacan, kacau sebati hingga kuah mendidih, kemudian masukkan ikan aye yang direbus tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, masak sehingga kuah agak pekat, baru masukkan hirisan bawang besar, bila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak kukus.

Nota: Kalau takde ikan aye, boleh diganti dengan ikan makarel ataupun mambung, dan kalau tak mau letak belacan tu pun takpe, pandai-pandailah adjust ya, ros tak letakkan air asam jawa dalam sambal ni sebab air rebusan ikan tu dah sedia masam , sebab masa rebus ikan aye sebelum tu ros dah letak asam keping@asam gelugor.

Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol
Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol
Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol
Nasi Lemak Kukus dan Sambal Ikan Aye@Ikan Tongkol
Advertisement