
Gyudon aka Beef Bowl
Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, resepi gyudon atau beef bowl ni, di Jepun ni menu gyudon sangatlah femesnya, dan antara menu utama bagi restoren Yoshinoya, tapi for sure lah tak boleh makan n rasa kan, sebab daging lembu nye tak disembelih dan kemungkinan besar dalam penyediaan gyudon itu juga ade penambahan bahan mirin ( arak manis jepun) atau pun soyu yang mengandungi alcohol, jadinya bagi menggantikan bahan utama gyudon ni ros cuma tukarkan bahan tu pada sedikit madu dan gula sahaja, yang lainya ros kekalkan sahaja bahan-bahanya sebab nampak tidak meragukan, ros refer resepi gyudon ni dari buku resepi masakan jepun, dan ros dah ubah suai sedikit supaya sesuai supaya ia menjadi masakan yang Halal dan tidak meragukan. Resepi nye boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba.
Gyudon atau Beef Bowl
Sumber rujukan resepi: Buku Masakan Jepun
telah diubah suai bahan oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan – bahan
1/2 paket katsuo dashi dicampur dengan 300ml air
200gram daging yang dihiris nipis, ros guna daging nipis dari Myhalal.Corp
3 sudu besar soyu (kicap cair jepun) jenama kikoman
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar madu ( madu ni kalau taknak letak pun takpe)
1/2 biji bawang besar, dihiris nipis
2 inci halia yang dipotong nipis
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
-sedikit bijan dan halia jeruk merah untuk ditabur atas gyudon nanti.
Cara-caranya
1. Didalam bekas kecil satukan soyu, gula dan madu, ketepikan.
2. Daging yang nipis panjang tu, di potong dua bahagian, jangan pendek sangat, agak-agaklah ye, basuh dan toskan, kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk dan rebus sebentar dengan bancuhan dashi 300ml tadi berserta dengan hirisan halia, jangan rebus lama sangat, agak-agak lah dalam 10 ke 15 minit sahaja. kepingan halia di keluarkan.
3. Selepas itu, didalam frypan, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar, tumis hingga bawang agak layu, kemudian masukkan bancuhan soyu tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan daging yang telah direbus, bersama-sama kuah dashi yang terdapat dalam periuk daging tadi, kacau sehingga kuah dashi agak kering, sesuaikan rasa, kalau tak cukup masin boleh tambahkan sedikit lagi soyu atau gula.
4. Cara Penyediaan Gyudon, sendukkan nasi jepun di dalam mangkuk kecil dan toppingkan atasnya dengan daging yang siap dimasak tadi, taburkan sedikit halia jeruk dan sangat sesuai dimakan bersama miso shiru dan salad sayur-sayuran. Selamat Mencuba.
Nota: Nak lagi senang buat gyudon,boleh tukar bahan-bahan asas tu dengan tusyu つゆ yang bancuhan kuah segera yang untuk somen atau udon tu, dalam つゆ tu pun dah siap gula dan dashi nye, ikutlah kerajinan dan selera masing-masing ya, kita yang buat makanan ni, kena pandai-pandai adjust mengikut bahan-bahan yang ade di dapur tu. Nak toppingkan dengan telur atau hirisan negi pun boleh.

