Cendawan Tiram Goreng Rangup
Cendawan Tiram Goreng Rangup

Cendawan Tiram Goreng Rangup

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

1 bungkus cendawan tiram ( 200gram)
sedikit tepung goreng ayam ( ros guna jenama adabi)
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Dengan menggunakan tangan, carikkan cendawan tiram pada beberapa bahagian kecil, kiranya satu cendawan tu kita siat pada dua tiga bahagian lah.

2. Basuh dan toskan sebentar. Kemudian gaul cendawan dengan secubit garam dan sedikit tepung goreng ayam adabi, pastikan gaul sebati dan tepung menyeluputi keseluruhan cendawan.

3. Goreng cendawan di dalam minyak panas, hingga kekuningan, angkat dan toskan, sedap dimakan panas-panas bersama sos cili ataupun dijadikan menu hidangan makan tengahari ataupun malam. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak guna tepung goreng ayam jenama lain pun boleh, ikutlah ape je yang ade di dapur tu.

Cendawan Tiram Goreng Rangup
Cendawan Tiram Goreng Rangup
Cendawan Tiram Goreng Rangup
Cendawan Tiram Goreng Rangup