Sandwish Telur Mayonis Berudang
Sandwish Telur Mayonis Berudang

Sandwish Telur Mayonis Berudang

Satu lagi variasi bagi sandwish, kali ni ros letak udang yang telah direbus, bertambah sedap rasa sanwish ni, di tambah dengan rasa telur rebus yang dicampur dengan mayonis, memang membangkitkan selera, kalau nak buat menu bekal atau menu berpicnic pun boleh.

Sandwihs Telur Mayonis Berudang ( ros@jintanmanis.com)

Bahan-bahanya

4-6 keping roti sandwish putih ( di buang tepinya)

8-10 ekor udang sederhana ( dibuang kulit )

2 biji telur rebus

2 sudu besar mayonis

sedikit lada sulah

sedikit hirisan tomato

sedikit hirisan salad

Cara-caranya

1. Rebus udang dan gaul sedikit dengan lada sulah, ketepikan, ambil roti sandwish dan sapukan dengan sedikit marjerin atau butter.

2. Lenyek telur rebus hingga agak hancur dan satukan dengan mayonis, kacau sebati, selepas itu, sapukan di atas roti sandwish, susun udang , hirisan tomato dan daun salad, letak lagi satu keping roti sandwish putih di atasnya, tekan sedikit roti sandwish tadi dan potong dua ( bentuk segitiga). Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Roti sandwish putih ini juga boleh diganti dengan croissant, dan letakkan sayuran dan salad kesukaan anda. : )

Sandwish Telur Mayonis Berudang
Sandwish Telur Mayonis Berudang
Sandwish Telur Mayonis Berudang
Sandwish Telur Mayonis Berudang
Advertisement