Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani
Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani

Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani

Resepi Nasi Goreng Beriani boleh Klik SINI

Ayam Tandori Madu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

3 keping daging ayam tanpa tulang bahagian peha ( potong 4 )
3 sudu besar plain yogurt
1 sudu besar serbuk paprika
1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
sedikit pewarna merah ( tak guna pun takpe, cuma nak naikkan seri ayam tu nnt)
sedikit kunyit serbuk.

– ros tambahkan juga 2 sudu kecil rempah garam masala dalam perapan ayam tandori ni.

Caranya
1. Gaul semua bahan pada ayam dan masukkan di dalam bekas bertutup, selepas itu perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam atau lebih.

2. Akhir sekali bakar ayam pada suhu 190-200 darjah selama 40 minit hingga 50 minit ataupun sehingga ayam menjadi perang. Angkat dah hidangkan. Selamat mencuba.

Nasi Goreng Rempah Beriani Faiza…sedap, tak pedas pun, budak-budak buleh makan

Nota: Kalau nak masukkan 1 sudu besar jus lemon pun boleh, lagi naik aroma nye, dan kalau nak guna ayam yang ade tulang pun boleh, tapi potong kecil-kecil ya.

Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani
Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani
Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani
Ayam Tandori Madu dan Nasi Goreng Beriani
Advertisement