Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Kuih Tepung Pelita Daun Pandan

Kuih Tepung Pelita Daun Pandan

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, semalam ros buat kuih tepung pelita, selalunya ros letak dalam bekas plastik kecil tu je, tapi kali ni ros gunakan daun pandan sebagai kelongsonnye, macam kuih tako pandan pulak nampaknye, tapi takpelah, janji rasanya same kan, resepi ni ros gandingkan tepung beras dengan tepung Hoen Kwe warna hijau tu, rasanya lebih sedap, resepinya boleh rujuk di bawah ni ye.

Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Untuk Lapisan Bawah ( warna hijau)
1/2 cawan tepung beras
1 paket (100gram) tepung hoen kwee warna hijau
1 sudu besar air kapur
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan air@ jus perahan daun pandan

Untuk Lapisan Atas ( warna putih)
450ml santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Buat Kelongsong tepung pelita menggunakan daun pandan, kemudian satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.

2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam kelongsong daun pandan dan biarkan seketika. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah santan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.

3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: kalau nak letak sengkuang cina pada dasar tepung pelita ni pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, kuih tepung pelita yang sangat femes di bulan puasa.

Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Kuih Tepung Pelita Daun Pandan
Advertisement